PUNCA GEMUK AIR ADALAH DISEBABKAN GARAM BERLEBIHAN
Apabila diet kita dipenuhi dengan makanan yang tinggi dengan garam, garam tersebut akan masuk ke dalam saluran dan sistem badan kita. Cara garam tersebut keluar? Adalah melalui perkumuhan samada melalui peluh atau air kencing. Namun begitu, garam lebih efektif dibuang melalui peluh berbanding air kencing.
Kebanyakan orang yang gemuk air biasanya kurang bersenam dan terlalu banyak makan makanan tinggi garam contohnya junk food, fast food, jeruk, fries, makanan ditin, kicap dll).
Bila garam tidak dibuang daripada dalam badan, ianya akan mendap dalam sel badan kita. Ini menyebabkan kondisi hyptonik dalam sel badan kita yang mana air akan ditarik masuk ke dalam sel badan supaya concentration dalam sel badan kembali normal. Inilah sebenarnya gemuk air.
TANDA-TANDA ORANG YANG GEMUK AIR:
1. LOMPAT-LOMPAT DEPAN CERMIN
2. PINCH YOUR ABS/ETC AREA USING 2 FINGERS (CUBIT MACAM PENYEPIT).
3. POKE UR BODY
4. CHECKUP DI KLINIK / HOSPITAL ATAU MANA-MANA PUSAT KESIHATAN
Anda ingin tahu bagaimana kurangkan gemuk air? Jom kita kongsikan dengan anda.
TIPS KURANGKAN GEMUK AIR DALAM MASA SINGKAT
1. TINGKATKAN PENGAMBILAN MAKANAN MENGANDUNGI POTASSIUM TINGGI.
Melainkan jika anda memerlukan dialisis, atau mempunyai keadaan khas, berlebihan potassium daripada sumber semula jadi adalah hampir mustahil; Walau bagaimanapun, kalau ambil berlebihan boleh menyebabkan loya, muntah, dan juga serangan jantung. Potassium daripada sumber makanan semula jadi, seperti yang disenaraikan di bawah, dianggap selamat dan sihat.
Contoh makanan yang kaya dengan potassium adalah pisang, kurma, dan avocado.
![]() |
| Contoh makanan kaya dengan potassium |
2. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
![]() |
| Garam berlebihan adalah punca gemuk air |
Sebenarnya dalam diet seharian terlalu banyak garam dalam makanan kita. Sebabnya dalam sos-sos seperti sos tomato, dalam makanan diproses pun semuanya sebenarnya telah ditambahkan garam. Selain boleh menurunkan berat badan, pengurangan pengambilan garam boleh membantu mengelakkan banyak lagi penyakit kronik, terutama berkaitan dengan buah pinggang dan darah tinggi.
Tips: Kurangkan garam dalam makanan, disamping itu boleh tukarkan garam yang biasa diambil yang bersifat sintetik, kepada garam semulajadi seperti garam bukit dan garam semulajadi. Selain mengelakkan masalah penyakit, garam semulajadi juga mengandungi banyak mineral dan khasiat yang baik untuk tubuh.
Beza garam putih, garam bukit dan garam semulajadi.
3. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
![]() |
| Gula Berlebihan antara faktor peningkatan berat badan |
Ia juga boleh mengurangkan kebolehan badan untuk menggunakan natrium secara berkesan.
4. ELAKKAN MAKAN BERLEBIHAN
Puasa kan, jadi elakkan jadikan masa berbuka tu sebagai membalas dendam sebab tak makan.
5. BERSENAM
Pastikan anda memperuntukkan sedikit masa untuk bersenam, walaupun berpuasa. Ada senaman yang sesuai untuk orang berpuasa. Anda boleh cuba.
6. MINUM AIR 8 HINGGA 10 GELAS SEHARI
Air kosong ya, bukan air bergula. Ini kerana air membantu mengelakkan hidrasi. Banyak minum air kan nanti banyak buang airnya. so garam akan keluar juga melalui air kencing, selain peluh.
![]() |
| Air penting untuk memudahkan pengaliran bendalir SUMBER |





























